Monday 11 April 2016

PROGRAM LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI AKTIVITI KELUARGA ANGKAT DAN KHIDMAT MASYARAKAT KE MUKIM LUMAPAS, BRUNEI.


HARI KELIMA: ISNIN, 11 APRIL 2016
  • Taklimat ringkas mengenai aktiviti hari ini.
  • Program Motivasi di :

  1.  Sekolah Kg Putat Brunei IV
  2. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab

  • Pada pukul 8.00 pagi : Berkumpul di kediaman Penghulu Mukim Lumapas.
 Rombongan pelajar dari UMS berkumpul di kawasan kediaman Penghulu Mukim Lumapas untuk mengadakan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat.

  • Pada pukul 8.16 am : Rombongan ke Sekolah SK.Putat Brunei IV
 Rombongan daripada pelajar UMS tiba di perkarangan Sekolah Kg. Putat Brunei IV


 Sesi bersalam-salaman dengan guru dan pelajar SK.Kg Putat Brunei IV


Sesi bergambar  bersama warga sekolah Kg Putat Brunei IV


Penyerahan cenderahati daripada Penghulu Mukim Lumapas kepada pengetua sekolah.

Penyerahan cenderahati daripada pengetua sekolah kepada Encik. Fazli



Penyerahan cenderahati Encik Fazli sebagai wakil daripada pihak UMS kepada pengetua sekolah.





Encik Fazli memulakan Program Motivasi dengan menyampaikan sedikit ucapan dan diteruskan lagi dengan aktiviti yang dikendalikan oleh pelajar UMS.

Aktivti LDK untuk pelajar SK Kg Putat dikendalikan oleh Haziq Azahan dan beliau telah mengagihkan para pelajar kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang 




Sepanjang aktiviti LDK berjalan, pelajar sekolah dipimpin oleh pelajar UMS

Penutupan program motivasi disampaikan oleh Encik Fazli.

Rombongan UMS dibawa melawat ke makmal komputer SK.Kg Putat Brunei IV



  Lawatan ke bilik-bilik darjah Sk. Kg Putat Brunei IV. Rombongan berakhir dengan jamuan makan dan bersurai untuk ke Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab. 

Pada pukul 10.00 am : Rombongan ke SM Sayidina Umar Al-Khattab.


Rombongan tiba di perkarangan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab. 



Penerangan daripada pengetua sekolah mengenai Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.


Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada Encik Fazli.

Penyampaian cenderahati daripada pihak UMS kepada pengetua sekolah.


Penyampaian cenderahati daripada Penghulu Mukim Lumapas kepada pengetua sekolah kerana sudi menjemput rombongan UMS ke Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.

Encik Fazli menandatangani buku lawatan sekolah.


Pelajar UMS dibawa melawat sekitar sekolah untuk melihat aktiviti pelajar di sekolah tersebut.


 Lawatan di bengkel seni sekolah SM Sayyidina Umar Al-Khattab. Kelas ini ditubuhkan khas kepada pelajar yang kurang proaktif dalam pembelajaran.

Sesi motivasi dikendalikan oleh Encik Fazli.

 Sepanjang program motivasi berjalan, pelajar kelihatan tekun mendengar ceramah yang disampaikan. 


Sebelum bersurai, rombongan dari UMS disediakan jamuan tengah hari.
  • Pada pukul 12.30 pm : rombongan tiba di kediaman Dr. Yusof bin Haji Ladin



 Rombongan tiba di rumah Dr. Yusof bin Hj. Ladi. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Penghulu Mukim Lumapas, ucapan Dr. Yusof dan ucapan daripada Ketua Kg. Lupak Luas. Dr. Yusof pernah menuntut di Universiti Malysia Sabah dan merupakan kenalan rapat Encik Fazli.




 Acara diteruskan dengan jamuan tengah hari yang disediakan oleh Dr. Yusof khas kepada rombongan pelajar UMS. 

  Sesi bergambar bersama Dr. Yusof dan Encik azli sebelum bersurai. 

  • Pada pukul 3.30 petang : Aktiviti khidmat masyarakat dengan membersihkan Tanah Perkuburan Tunjuk Langit, Kampong Lumapas, Mukim Lumapas.




Aktiviti gotong royong bermula dengan pembersihan sekitar kawasan perkuburan dan bilik penyimpanan peralatan. Acara selesai dan pelajar pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Pada pukul 7.45 pm.: Pelajar dan keluarga angkat berkumpul di kediaman Penghulu Mukim Lumapas.


Pelajar mengambil tempat bersama keluarga angkat sebelum majlis penutupan dan persembahan kebudayaan dimulakan. 


Aktiviti permainan tradisional

Pada pukul 10.00 pm : Acara persembahan daripada keluarga angkat masing-masing.


 Persembahan daripada pelajar bersama keluarga angkat.


Aktiviti 'busking' yang dijalankan oleh pelajar UMS bersama dengan Encik Fazli.

No comments:

Post a Comment