HARI KETIGA:
SABTU, 9APRIL 2016
- Pada pukul 7.30 pagi : Ahli Jawatankuasa hadir.
- Pada pukul 8.00 pagi: Para pelajar telah berkumpul di kawasan kediaman penghulu.
- Bacaan Surah Al-fatihah dan doa selamat.
- Penerangan ringkas mengenai aktiviti pada hari tersebut, iaitu melawat ke:
- Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja.
- Muzium Maritim.
- Muzium Teknologi Melayu.
- Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.
- Muzium Kampung Ayer.
- Pada pukul 8.30 pagi : Lawatan ke Muzium.
- Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja
Bangunan Alat-Alat Kebesaran
Diraja yang juga dikenali dengan nama Inggerisnya sebagai The Royal Regalia
Building dan mula dibuka rasmi pada 30 September 1992 oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Rombongan UMS telah sampai ke destinasi lawatan yang pertama:
Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja.
Antara Alat-Alat Kebesaran dan
Perhiasan Diraja yang dipamerkan di Bangunan Alat-Alat Kebesaran tersebut.
- Muzium Maritim Brunei Darussalam
Reka bentuk bangunan Muzium
Maritim Brunei Darussalam adalah berkonsepkan sebuah kapal, dari pandangan
depan, bersesuaian dengan penglibatan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat
perdagangan yang masyhur pada zaman dahulu.
Pegawai Muzium, Awang Hanafi bin
Haji Maidin memberi keterangan ringkas kepada rombongan UMS.
Rombongan UMS di Muzium Maritim Brunei.
Penyerahan penghargaan daripada Pihak Muzium Maritim Brunei Darussalam.
Penyerahan
penghargaan daripada pihak UMS
Bergambar bersama di Muzium Maritim Brunei.
- Muzium Teknologi Melayu.
Bangunan ini telah disumbangkan oleh Royal Dutch / Shell Group of Companies sempena kemerdekaan Brunei pada tahun 1984. Muzium ini ditubuhkan khas untuk mendokumentasikan, mengumpul dan mempamerkan teknologi tempatan untuk manfaat generasi akan datang.
Papan tanda di Muzim Teknologi Melayu
Galeri muzium juga mempunyai pelbagai replika gambaran dari kehidupan pada masa lalu Brunei.
Suasana sekitar kawasan dalam Muzium :
Galeri muzium juga mempunyai replika bagi mengambarkan dari kehidupan pada masa lalu Brunei.
- Pusat Latihan Kesenian dan pertukangan Tangan Brunei: Kraftangan Brunei
Kesenian dan Kraftangan Pusat Latihan Brunei yang diuruskan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Telah ditubuhkan pada 1 September 1975. Tujuan utamanya adalah untuk menghidupkan semula warisan negara dalam seni tradisional dan kraftangan.
'Kain Tenun' yang dibuat dan direka dengan teliti dan merumitkan. Setiap tenunan adalah dari benang emas dan sesuai dipakai sebagai kain sarung pada majlis istiadat selama berabad-abad
- Muzium Kampong Ayer
Kampong Ayer adalah sebuah
perkampungan air yang didiami penduduk. Kampung ini terletak di Bandar Seri
Begawan, Brunei.
Menaiki
speed boat untuk ke Galeri Kebudayaan dan pelancongan Kampong Ayer.
Rombongan UMS telah tiba di Galeri Kebudayaan dan pelancongan
Kampong Ayer. Para pelajar diberikan video mengenai perkembangan dan sejarah di Kampong Ayer.
- Sebelah malam bersama keluarga angkat
Jerudong Park adalah sebuah taman hiburan di Brunei.
Jerudong Crystal Arch
No comments:
Post a Comment