Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Alhamdulillah, kami sebagai pelajar Universiti Malaysia
Sabah (UMS) dengan berbesar hati dan turut teruja setelah mendapat jemputan
dari Brunei sendiri dan telah dijemput dalam melibatkan diri dengan acara yang
telah dianjurkan.
Untuk sesi II 2015/2016, seramai 42 orang pelajar (bagi tahun 2 dan tahun 3) telah
melibatkan diri secara sukarela dalam menjayakan aktiviti yang akan dilakukan
disana. Sebagai pelajar, ini juga merupakan peluang keemasan dan pengalaman
yang perlu diambil untuk dipelajari di negara lain.
Malah, dapat mengeratkan silaturahim diantara masyarakat di
negara Brunei dan pelajar Universiti Malaysia Sabah dalam menjalinkan ukhwah
diantara satu sama lain. Oleh itu, saya sertakan gambar dan perjalanan aktiviti
yang dilakukan sepanjang enam hari lima malam oleh pelajar UMS di Brunei.
"PROGRAM LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BAGI AKTIVITI KELUARGA ANGKAT DAN KHIDMAT MASYARAKAT
KE MUKIM LUMAPAS, BRUNEI."
Tarikh : 7 April 2016 (Khamis) - 12 April 2016 (Selasa)
Tempat: Mukim Lumapas, Brunei.
HARI PERTAMA : 7 APRIL 2016 (KHAMIS)
- Seawal jam 6 pagi : Para pelajar berkumpul di tempat yang telah ditetapkan.
Pelajar sedang menunggu bas UMS di kediaman masing-masing
- Pada 7.30 pagi : Taklimat dari Dekan dan Ketua Program
Prof. Dato' Mohd Hamdan Hj. Adnan (Dekan) dan
Encik Fazli Abd Hamid (Ketua Program Hubungan Industri)
Sebelum memulakan perjalanan, semua pelajar dikehendaki
untuk mendengar amanat dari dekan Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan (FKSW)
dan taklimat dari En. Fadzli. Setelah taklimat diberikan, serta diteruskan
lagi dengan bacaan doa sebelum rombongan pelajar memulakan perjalanan dari
Sabah ke Brunei Darussalam.
- Pada 10.30 pagi : Berhenti di Pekan Sipitang untuk sarapan pagi.
- Pada 11.15 pagi : Rombongan pelajar UMS, meneruskan kembali perjalanan.
- Pada pukul 11.30 pagi : Tiba di check point Sindumin.
- Pada pukul 11.45 pagi : Pejabat Imigresen Lawas.
- Pada pukul 12.15 tengah hari : Meneruskan perjalanan ke Lawas.
- Pada pukul 2.20 petang : Tiba di check point Temburong.
- Pada pukul 3.30 petang : Tiba di check point Limbang.
- Pada pukul 4.37 petang :Tiba di check point Kuala Lurah.
Setelah bas rombongan pelajar UMS tiba di Brunei, bas UMS telah di iringi oleh dua buah kereta polis dan sepanjang program ini berjalan.
- Tepat jam 5.00 petang: Rombongan dari pelajar Hubungan Industri UMS tiba di Kg.Kasat, Mukim Lumapas dan disambut oleh penduduk kampung.
Rombongan di alu-alukan
Pemberian bunga telur dan bunga rampai.
Rombongan Pelajar UMS, telah disambut dengan susasa yang sangat meriah oleh penduduk Kampung Kasat.
Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi, Penghulu Mukim
Lumapas, Hj Bakar bin Hj Mansor,
Ucapan daripada ketua program serta merupakan ketua rombomgan Universiti Malaysia Sabah, Encik Encik Fazli Abd. Hamid
Penyerahan pelajar-pelajar UMS kepada keluarga angkat.
Rombongan pelajar UMS, menikmati jamuan yang telah disediakan oleh penduduk Kampung Kasat. Pelbagai jenis makanan disediakan. Sungguh menyelerakan.
Sesi bergambar bersama penduduk Kg.
Kasat.
Sebelum semua rombongan pelajar UMS di bahagikan mengikut keluarga angkat dan pulang ke
rumah keluarga angkat masing-masing.
No comments:
Post a Comment