Friday 1 April 2016

TERTUBUHNYA BLOG: HA12 HUBUNGAN INDUSTRI, FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN (UMS)


Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat serta salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W, para rasul, nabi-nabi dan para sahabat. 

Di bawah ini merupakan carta organisasi dan pensyarah bagi Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisaan (FKSW)

CARTA ORGANISASI AKADEMIK (FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN)

Dekan dan Timbalan Dekan



Pensyarah bagi Program Hubungan Industri.


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana berjaya untuk mewujudkan blog ini. Kami mohon pada Mu ya Allah S.W.T agar dilimpahkan rahmat kepada kami semua. 

Pelajar Hubungan Industri 

Blog ini telah ditubuhkan adalah kerana ingin memberi inspirasi kepada rakan-rakan dan masyarakat mengenai pendedahan mengenai program ini dan turut memberi maklumat sebarang aktiviti yang dianjurkan dibawah pengurusan program ini.

Selain itu, blog ini adalah merupakan catatan aktiviti dan juga catatan pelaksanaan bagi program HA12 Hubungan Industri. Sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), segala aktiviti dan pengalaman akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan akan mempraktikkan apa yang telah dipelajari untuk digunakan dimasa hadapan.

Dengan izin Allah S.W.T, blog ini juga diharapkan dapat menjadi medium bagi menyebarkan ilmu dan panduan kepada pembaca. Sokongan daripada rakan-rakan sekalian amat digalakkan dalam mengembangkan ilmu yang telah dipelajari dan menggalakkan dalam melakukan lebih banyak aktiviti yang akan dianjurkan dimasa hadapan.

“Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri”

P/s: Mohon maaf jikalau ade sebarang kekurangan dan akan sama-sama belajar dalam memperbaiki untuk kebaikan bersama.


Sekian, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment